Alhamdulillah hari ini tadi bersama Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga ADUN N6 Tupong, YB Fazzrudin A Rahman menyantuni & menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim & golongan kurang berkemampuan di kawasan N6 Tupong bertempat di Surau Al-Fitrah, Taman Fitrah, Petra Jaya, Kuching.
Seramai 75 penerima menerima sumbangan Aidilfitri masing-masing di Surau Al-Fitrah, yang sedikit sebanyak diharap dapat menceriakan sambutan Aidilfitri mereka.
Keseluruhannya seramai 400 anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di kawasan N6 Tupong menerima sumbangan pagi ini di empat lokasi berbeza.
Selain di Surau Al-Fitrah, penerima lain menerima sumbangan di Masjid Darul Husni Warrahmah Taman Hussien, yang disampaikan Senator Dato Dr Zaiedi Suhaili; di Masjid Al-Abyad / Masjid Putih disampaikan Naib Ketua Cawangan PBB N6, Mahdi Tomi dan di Masjid Baitul Rahim Kolong Dua, oleh Ketua Exco Wanita PBB N6 Tupong, Hajah Jamilah Rakim.
Sumber dari : Fadillah Yusof